Perbezaan Laman Portal, Forum & Blog  

Posted by suanna in



Pengenalan 


Saban hari kita dapat melihat begitu banyak laman-laman web yang dibina dan diperkenalkan di dunia internet. Masing-masing berlumba-lumba mereka laman web yang menjadi kunjungan pelawat-pelawat di seluruh dunia. Namun, bagi "new-bies" (orang yang baru mengenali dunia laman web ini) masih ragu-ragu dan pening tentang jenis dan konsep yang sesuai digunakan sekiranya ingin membangunkan sesuatu laman web. Sebelum melangkah lebih jauh, seharusnya anda perlu tetapkan dahulu jenis kandungan yang bakal dimuatkan. Selaras dengan perkembangan dunia laman web yang memperkenalkan konsep Web 2.0., laman web yang berunsurkan statik atau satu hala sudah ketinggalan zaman. Sekarang penekanan kepada interaksi dua hala di mana pihak pembangun menyediakan tapak dan pelawat akan turut serta untuk memeriahkan laman web anda. Inilah antara tujuan utama Web 2.0 dan ia boleh digolongkan dalam 3 kategori utama iaitu portal, forum dan blog. 


Portal


Laman web jenis portal ini biasanya dibangunkan untuk mengumpulkan maklumat mengikut hierraki, pihak webmaster menyedikan informasi dan dikongsi dengan pelawat, terdapat kepelbagaian jenis maklumat dan paparan informasi yang lebih tersusun. Antara contoh yang paling mudah adalah Yahoo!. 


Forum 


Forum atau juga dikenali sebagai papan buletin merupakan laman web yang berasaskan kepada perbincangan di mana pihak pengendali hanya bertindak sebagai pemantau kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Laman jenis ini sesuai kepada pembangun yang agak sibuk untuk mengemaskini laman web dan menyerahkan sepenuhnya kepada pelawat untuk mengembangkan laman web anda. 


Blog 


Laman web jenis ini kebiasannya lebih menjurus kepada laman peribadi dan lebih senang untuk dibangunkan. Ini merupakan antara jenis laman web yang paling banyak dibangunkan kerana proses penjagaannya yang mudah dan penyertaan pelawat yang tidak memerlukan proses pendaftaran. Sungguhpun begitu, laman web jenis ini seperti forum juga, bergantung kepada tahap kerajinan pihak pembangun menyediakan artikel-artikel yang menarik.

This entry was posted on Tuesday, August 18, 2009 at Tuesday, August 18, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment