Pengenalan
Program ini adalah satu program penempatan siswazah yang baru bergraduat bagi membantu hal-hal yang berkaitan dengan projek SchoolNet di sekolah seluruh Negara. Ini adalah berpunca dari masalah terhadap penggunaan Schoolnet yang sangat rendah di samping isu aduan Schoolnet yang kerap menghadapi masalah. Di bawah Pakej Rangsangan 2 atau Mini Bajet, peruntukan sebanyak RM150 juta telah diluluskan kepada KTAK (kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) bagi Projek SchoolNet Fasa 2A. Skop projek yang telah diluluskan adalah:
- penyelenggaraan semua sekolah SchoolNet dari September 2009 hingga Disember 2010.
- perlantikan Fasilitator SchoolNet (FS) di 1000 buah sekolah.
Matlamat utama Fasilitator SchoolNet (FS) - membantu sekolah meningkatkan penggunaan SchoolNet di samping memberi ruang kepada graduan mendapat pekerjaan. Skop kerja FS ini diperluaskan kepada membantu mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan semua inisiatif ICT di sekolah termasuk peralatan, latihan kemahiran ICT dan aplikasi-aplikasi yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. FS juga berperanan dalam memberikan kemahiran ICT kepada komuniti setempat.
Perlantikan FS - Objektif dan Syarat Umum
Perlantikan fasilitator (non-teaching) bagi mengurus, melatih dan mempersiapkan (groom) sekolah dalam penggunaan/pembudayaan ICT/SchoolNet dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). FS yang dilantik bukan sahaja bertanggungjawab kepada pentadbiran sekolah tetapi juga kepada komuniti setempat.
Perlantikan fasilitator (non-teaching) bagi mengurus, melatih dan mempersiapkan (groom) sekolah dalam penggunaan/pembudayaan ICT/SchoolNet dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). FS yang dilantik bukan sahaja bertanggungjawab kepada pentadbiran sekolah tetapi juga kepada komuniti setempat.
Kriteria Pemilihan Sekolah
KPKK pada awalnya telah menetapkan beberapa syarat untuk pemilihan sekolah iaitu:
- Sekolah Rendah dan Menengah di luar bandar dan pinggir bandar.
- Kadar penggunaan SchoolNet di bawah 30%.
- Taburan mengikut teknologi SchoolNet.
- Sekolah yang tidak mempunyai juruteknik.
- Sekolah yang mempunyai makmal komputer.
- Keutamaan kepada sekolah yang tiada pusat akses.
- Sekolah Rendah dan Menengah di luar dan pinggir bandar (sekolah gred A & B) yang mempunyai rangkaian SchoolNet.
- Sekolah yang mempunyai pelan program ICT yang menyeluruh dan aktif dalam melaksanakan inisiatif ICT Kerajaan dan swasta.
- Kadar penggunaan ICT/SchoolNet di bawah 30%.
- Taburan mengikut Daerah/Negeri dan teknologi SchoolNet.
- Sekolah yang memerlukan bantuan teknikal khusus dan tidak mempunyai jawatan juruteknik komputer (FT17).
- Sekolah yang mempunyai makmal komputer sama ada inisiatif kementerian atau inisiatif sekolah sendiri.
- Rangkaian jalur lebar yang baik.
This entry was posted
on Tuesday, August 18, 2009
at Tuesday, August 18, 2009
and is filed under
Fasilitator
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
