Apa itu Microsoft FrontPage 2003?
Perisian FrontPage boleh digunakan untuk membina dan merekabentuk laman web anda. Ia mudah digunakan kerana mempunyai antaramuka (interface) seperti perisian Microsoft Office yang lain. Ia berkonsepkan WYSIWUG (What You See Is What You Get) dan ia boleh membina kod HTML secara automatik.
Penyuntingan laman web direka khas untuk membina dokumen yang dipaparkan dalam Internet (yang dikenali sebagai dokumen hyperteks). Hyperteks terdiri dari teks, grafik, jadual, animasi, pautan, borang, JavaScript dan bunyi. Microsoft FrontPage adalah perisian yang digabungkan dalam pakej Microsoft Office. Ia mempunyai kebolehan untuk mengimport carta dari Microsoft Excel, teks dari Microsft Word, jadual dari Microsoft Access dan grafik dari Microsoft PhotoDraw.
Microsoft FrontPage membolehkan pengguna membina laman web yang ringkas seperti laman web peribadi sehingga ke laman web yang lebih rumit seperti laman web korporat. Dengan penggunaan FrontPage, para pengguna tidak perlu mempelajari bahasa pengaturcaraan HTML.
FrontPage Explorer
FrontPage Explorer digunakan untuk mengurus tapak laman anda. Di sini anda boleh dengan mudah untuk rename, move, edit atau menambah files laman FrontPage anda. Anda juga boleh melihat struktur keseluruhan tapak laman melalui FrontPage Explore.
FrontPage Editor
FrontPage Editor ialah tempat sebenar untuk merekabentuk keseluruhan laman. Di sini anda boleh menambah teks, imej, borang, bahasa skrip (scripting languages) (Active X, Java dan lainnya), suara dan video.
Di Frontpage Editor, terdapat 3 tab iaitu :
Normal: Editor untuk mengedit (memasukkan teks, gambar, hyperlink, jadual dll) laman web.
HTML: Untuk melihat kod HTML yang dibuat.
Preview: Untuk melihat bagaimana laman web dipaparkan di browser.
Apakah dia Laman Web, Web Server dan Browser?
Apakah dia Laman Web, Web Server dan Browser?
| Web Page : Terdiri dari File HTML atau jenis format yang boleh di capai melalui browser. Cth profile.htm, profile.asp, profile.php. Web Server : Server dan applikasi yang disambungkan ke internet dan membenarkan maklumat (web pages) yang ada didalamnya untuk dicapai oleh pengguna lain dengan menggunakan browser. Browser : Perisian yang digunakan untuk melihat laman web dengan memberikan alamat url. Contoh: Internet Explorer, Netscape, Opera, Mozilla Firefox. URL : URL (Uniform Resource Locator) merupakan alamat yang digunakan untuk mencapai sesuatu website. Cth : http://www.johordt.gov.my, http://www.yahoo.com Web Site : Merupakan kumpulan (web pages) yang terdiri dari dokumen berbentuk html, asp, php atau lain-lain. Diletakkan dalam web server dan boleh dicapai oleh orang ramai dengan menaipkan alamat url. |
This entry was posted
on Tuesday, August 18, 2009
at Tuesday, August 18, 2009
and is filed under
FrontPage
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.

