FrontPage 2003  

Posted by suanna in

Apa itu Microsoft FrontPage 2003?

Perisian FrontPage boleh digunakan untuk membina dan merekabentuk laman web anda. Ia mudah digunakan kerana mempunyai antaramuka (interface) seperti perisian Microsoft Office yang lain. Ia berkonsepkan WYSIWUG (What You See Is What You Get) dan ia boleh membina kod HTML secara automatik.

Penyuntingan laman web direka khas untuk membina dokumen yang dipaparkan dalam Internet (yang dikenali sebagai dokumen hyperteks). Hyperteks terdiri dari teks, grafik, jadual, animasi, pautan, borang, JavaScript dan bunyi. Microsoft FrontPage adalah perisian yang digabungkan dalam pakej Microsoft Office. Ia mempunyai kebolehan untuk mengimport carta dari Microsoft Excel, teks dari Microsft Word, jadual dari Microsoft Access dan grafik dari Microsoft PhotoDraw.



Microsoft FrontPage membolehkan pengguna membina laman web yang ringkas seperti laman web peribadi sehingga ke laman web yang lebih rumit seperti laman web korporat. Dengan penggunaan FrontPage, para pengguna tidak perlu mempelajari bahasa pengaturcaraan HTML.




FrontPage Explorer



FrontPage Explorer digunakan untuk mengurus tapak laman anda. Di sini anda boleh dengan mudah untuk rename, move, edit atau menambah files laman FrontPage anda. Anda juga boleh melihat struktur keseluruhan tapak laman melalui FrontPage Explore.




FrontPage Editor


FrontPage Editor ialah tempat sebenar untuk merekabentuk keseluruhan laman. Di sini anda boleh menambah teks, imej, borang, bahasa skrip (scripting languages) (Active X, Java dan lainnya), suara dan video.


Di Frontpage Editor, terdapat 3 tab iaitu :



Normal: Editor untuk mengedit (memasukkan teks, gambar, hyperlink, jadual dll) laman web.



HTML: Untuk melihat kod HTML yang dibuat.



Preview: Untuk melihat bagaimana laman web dipaparkan di browser.


Apakah dia Laman Web, Web Server dan Browser?


Web Page : Terdiri dari File HTML atau jenis format yang boleh di capai melalui browser. Cth profile.htm, profile.asp, profile.php. 


Web Server : Server dan applikasi yang disambungkan ke internet dan membenarkan maklumat (web pages) yang ada didalamnya untuk dicapai oleh pengguna lain dengan menggunakan browser. 


Browser : Perisian yang digunakan untuk melihat laman web dengan memberikan alamat url. Contoh: Internet Explorer, Netscape, Opera, Mozilla Firefox. 


URL : URL (Uniform Resource Locator) merupakan alamat yang digunakan untuk mencapai sesuatu website. Cth : http://www.johordt.gov.my, http://www.yahoo.com 


Web Site : Merupakan kumpulan (web pages) yang terdiri dari dokumen berbentuk html, asp, php atau lain-lain. Diletakkan dalam web server dan boleh dicapai oleh orang ramai dengan menaipkan alamat url.




Perbezaan Laman Portal, Forum & Blog  

Posted by suanna in



Pengenalan 


Saban hari kita dapat melihat begitu banyak laman-laman web yang dibina dan diperkenalkan di dunia internet. Masing-masing berlumba-lumba mereka laman web yang menjadi kunjungan pelawat-pelawat di seluruh dunia. Namun, bagi "new-bies" (orang yang baru mengenali dunia laman web ini) masih ragu-ragu dan pening tentang jenis dan konsep yang sesuai digunakan sekiranya ingin membangunkan sesuatu laman web. Sebelum melangkah lebih jauh, seharusnya anda perlu tetapkan dahulu jenis kandungan yang bakal dimuatkan. Selaras dengan perkembangan dunia laman web yang memperkenalkan konsep Web 2.0., laman web yang berunsurkan statik atau satu hala sudah ketinggalan zaman. Sekarang penekanan kepada interaksi dua hala di mana pihak pembangun menyediakan tapak dan pelawat akan turut serta untuk memeriahkan laman web anda. Inilah antara tujuan utama Web 2.0 dan ia boleh digolongkan dalam 3 kategori utama iaitu portal, forum dan blog. 


Portal


Laman web jenis portal ini biasanya dibangunkan untuk mengumpulkan maklumat mengikut hierraki, pihak webmaster menyedikan informasi dan dikongsi dengan pelawat, terdapat kepelbagaian jenis maklumat dan paparan informasi yang lebih tersusun. Antara contoh yang paling mudah adalah Yahoo!. 


Forum 


Forum atau juga dikenali sebagai papan buletin merupakan laman web yang berasaskan kepada perbincangan di mana pihak pengendali hanya bertindak sebagai pemantau kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Laman jenis ini sesuai kepada pembangun yang agak sibuk untuk mengemaskini laman web dan menyerahkan sepenuhnya kepada pelawat untuk mengembangkan laman web anda. 


Blog 


Laman web jenis ini kebiasannya lebih menjurus kepada laman peribadi dan lebih senang untuk dibangunkan. Ini merupakan antara jenis laman web yang paling banyak dibangunkan kerana proses penjagaannya yang mudah dan penyertaan pelawat yang tidak memerlukan proses pendaftaran. Sungguhpun begitu, laman web jenis ini seperti forum juga, bergantung kepada tahap kerajinan pihak pembangun menyediakan artikel-artikel yang menarik.

Asas Pembinaan Blog  

Posted by suanna in






Apa itu Blog?


Blog adalah salah satu laman web yang boleh dikategorikan sebagai online journal atau diary dan kebiasaannya dibina oleh individu atau organisasi tertentu yang dikenali sebagai 'blogger'. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri dan mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan. Kebanyakan blog yang direka adalah bergantung kepada inspirasi, minat, bakat, kerjaya dan pengalaman diri mereka sendiri. Sesiapapun boleh memiliki blog, tidak kira anda seorang guru, doktor, jurutera, pekerja kilang, pelajar, remaja, dewasa mahupun yang sudah berumur, samada lelaki mahupun wanita.



Relevannya blog dalam bidang pendidikan


Blog menjadi medium penting dalam peningkatan profesionalisma guru-guru disamping dapat menjalinkan perkongsian maklumat dan pendapat secara global berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Perkongsian idea melalui forum dalam blog sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah dan mengurangkan tekanan yang dihadapi guru. Ia juga selaras dengan usaha kerajaan melalui misi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk mengurangkan jurang teknologi antara bandar dan luar bandar. Dalam menyahut misi ini, pembinaan blog secara tidak langsung membantu menyebarkan maklumat sekolah dari bandar ke luar bandar dengan pantas dan ia relevan dengan arus permodenan masa kini. 


Contoh blog-blog guru: 


http://sktr3j-qaf.blogspot.com/ 
http://cikguonline.com/ 
http://www.blog.gurucyber.com/ 


Manual Blogger


Fasilitator SchoolNet  

Posted by suanna in







Pengenalan

Program ini adalah satu program penempatan siswazah yang baru bergraduat bagi membantu hal-hal yang berkaitan dengan projek SchoolNet di sekolah seluruh Negara. Ini adalah berpunca dari masalah terhadap penggunaan Schoolnet yang sangat rendah di samping isu aduan Schoolnet yang kerap menghadapi masalah. Di bawah Pakej Rangsangan 2 atau Mini Bajet, peruntukan sebanyak RM150 juta telah diluluskan kepada KTAK (kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) bagi Projek SchoolNet Fasa 2A. Skop projek yang telah diluluskan adalah:
  • penyelenggaraan semua sekolah SchoolNet dari September 2009 hingga Disember 2010.
  • perlantikan Fasilitator SchoolNet (FS) di 1000 buah sekolah.
Tujuan 


Matlamat utama Fasilitator SchoolNet (FS) - membantu sekolah meningkatkan penggunaan SchoolNet di samping memberi ruang kepada graduan mendapat pekerjaan. Skop kerja FS ini diperluaskan kepada membantu mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan semua inisiatif ICT di sekolah termasuk peralatan, latihan kemahiran ICT dan aplikasi-aplikasi yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. FS juga berperanan dalam memberikan kemahiran ICT kepada komuniti setempat.


Perlantikan FS - Objektif dan Syarat Umum 


Perlantikan fasilitator (non-teaching) bagi mengurus, melatih dan mempersiapkan (groom) sekolah dalam penggunaan/pembudayaan ICT/SchoolNet dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). FS yang dilantik bukan sahaja bertanggungjawab kepada pentadbiran sekolah tetapi juga kepada komuniti setempat.

Kriteria Pemilihan Sekolah

KPKK pada awalnya telah menetapkan beberapa syarat untuk pemilihan sekolah iaitu:
  1. Sekolah Rendah dan Menengah di luar bandar dan pinggir bandar.
  2. Kadar penggunaan SchoolNet di bawah 30%.
  3. Taburan mengikut teknologi SchoolNet.
  4. Sekolah yang tidak mempunyai juruteknik.
  5. Sekolah yang mempunyai makmal komputer.
  6. Keutamaan kepada sekolah yang tiada pusat akses.
Bagaimanapun pihak KPM telah menambah baik kriteria sekolah dan bersetuju menggunapakai kriteria berikut iaitu:
  1. Sekolah Rendah dan Menengah di luar dan pinggir bandar (sekolah gred A & B) yang mempunyai rangkaian SchoolNet.
  2. Sekolah yang mempunyai pelan program ICT yang menyeluruh dan aktif dalam melaksanakan inisiatif ICT Kerajaan dan swasta.
  3. Kadar penggunaan ICT/SchoolNet di bawah 30%.
  4. Taburan mengikut Daerah/Negeri dan teknologi SchoolNet.
  5. Sekolah yang memerlukan bantuan teknikal khusus dan tidak mempunyai jawatan juruteknik komputer (FT17).
  6. Sekolah yang mempunyai makmal komputer sama ada inisiatif kementerian atau inisiatif sekolah sendiri.
  7. Rangkaian jalur lebar yang baik.